Ayam goreng berempah fauzipoji430

1 ekor ayam = 16 btg serai
10 ekor ayam = 10 @ 15 kg serai

serai potong serong halus untuk blender biasa.

bawang putih
halia
lengkuas
serai
* blend bersama tapis dan ambil rempahnya sahaja
 
jintan manis
jintan putih
ketumbar biji
lada hitam
bunga lawang
* blend kering

cara gaul ayam:
masukkan yang bersih bersama 
telur 
tepung jagung
bahan kisar kering
*gaul bersama

masukkan ayam yang digaul tadi dengan
serbuk kunyit
serbuk cili 
serbuk kari
tepung jagung
kicap sotong
kicap bukit emas (pukau tong)
sos labu
*gaul

masukkan 
garam
perasa
*gaul

campur serai blender yg diperah/ ditapis kering dan gaul
serbuk cili dan kari jgn terlalu banyak utk elak ayam jadi hitam

kemudai ambik ayam dan asingkan ke bekas lain.
lebihan rempah masuk ke bekan lain.

cara goreng.
panaskan minyak
masukkan ayang, goreng sampai separuh masak
masukkan lebihan rempah, kacau skit bagi derai
daun kari masuk paling last



RESEPI: CENDOL BUAT SENDIRI.

Assalamualaikum..salam sejahtera untuk rakyat 1 Malaysia..tengah hari ini cuaca panas..macam mana kita pekena cendol istimewa hari ini?. Buat cendol sendiri ini amat mudah dan cepat..cuma bahan-bahan kena ada. Tapi tak apa ambil resepi, beli bahan-bahan, buat bila ada cuti…makan puas-puas cendol buatan sendiri bersama dengan keluarga. Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa bukan Hak Mutlak Mamak yea. Di India tak ada cendol..ini resepi rumpun Melayu. Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Tanah Melayu atas galakan Penjajah British dalam memajukkan Pulau Pinang dengan cara membawa masuk golongan peniaga. Dari dulu lagi orang Melayu suka bantu bangsa lain berniaga dan suka sangat kutip duit Tol. 

Walau pun resipi Cendol telah berubah mengikut peredaran zaman dan ia tetap menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia, di Indonesia, Singapura dan Brunei, Thailand dan lain-lain negara di asia tenggara. Dalam resepi cendol mamak haji perkenalkan dua jenis tepung untuk bahan asas satu menggunakan tepung kacang hijau dan satu lagi, menggunakan tepung BERAS bersama dengan tepung ” HOEN KWE “..sahabat kenal kan tepung ini?. Tepung sangat popular untuk buat kuih di Indonesia seperti kueh pelita. Kalau takat berniaga tak perlu gunakan sangat tepung ini..ganti dengan tepung ubi atau jagung pun ok juga. Tapi biaq cendol kita buat makan di rumah, “Biaq sama tapi tak serupa”…hahaha!.
AIR KAPUR :

Bila sebut air kapur ramai yang salah anggap. Ada yang ambil kapur sireh itu masukkan terus dalam resepi. Akhirnya bila siap.. rasa hidangan terasa kapur dan lidah terasa panas dan lidas. Apa itu sebenarnya air kapur?. Sukatan air kapur atau air kapur sirih yang terdapat dalam resepi-resepi Indonesia sebenarnya disediakan seperti ini: masukkan kapur makan atau sirih itu dalam sebuah gelas..kalau paras kapur nya 1 bahagian, gunakan paras air 2 bahagian. Bancuh airnya. Biarkan ia mendak. Yang air yang di atas itulah dinamakan AIR KAPUR. Jangan gunakan kapur yg mendak tu yea. Biasanya air ini kalau dibiarkan semalaman anda akan dapat hasil yang terbaik. Air kapur biasanya digunakan buat cendol, kueh rempeyek atau tepung goreng pisang. Bila gunakan airnya saja..anda tidak rasa bau kapur atau lidas lidah anda. Apalah mamak haji air kapur pun bagi tau jugak kah?..Ini ada sebab kerana tak salah anggap bila buat resepi cendol nanti..Jom kita tengok resepi cendol.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:


Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.

Cendol guna alat pembuat muruku125gm tepung beras (1 cawan).
20gm tepung Hoen Kwe.
50gm tepung ubi/kanji.
200ml air pandan (2 cawan).
3/4 sdm. Air Kapur.
1 sudu kecil garam.
secubit pewarna hijau.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Untuk mendapatkan Air Pandan,potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.

2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.

3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.

4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.

5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda putarkan.

6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol. 

7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.


Kredit: Mamak Haji

KAEDAH PENYEDIAAN CENDOL YANG LAZAT

Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa.Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Melayu.Wala pun resipi Cendol telah berubah mengikut perederan Zaman dan ia juga menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia.Para pengemar tak perlu mencari tepong cendol ini di merata dalam puasa atau pun untuk Majlis keramaian.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cendol/Cendol Droplets.

10 Helai Daun Pandan yang segar.

650 gm Tepung Kacang Hijau (Sedia ada di Semua Pasaraya)

250ml Air

250ml air yang asing digunakan untuk penyejukan titisan (droplet)cendol.

Seberapa titik Pewarna Hijau Makanan.

1/2 Sudu kecil Air Abu (Ash Water).


Cara-Cara Penyediaan:

1.Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong daun pandan kira 2 in. dan masukan Air 250ml dalam mesin pengisar(Blender).

2.Setelah daun lumat kelurkan dan tapis menggunakan penapis kain (Teh) atau kain bersih yang Jarang.Titiskan warna hijau dan masukan air abu kedalam.Kacau serata.

3.Masukan air pandan yang tersebut di atas dalam periok yang sederhana dan panaskan air pandan sehingga mendidih.

4.Pada waktu yang sama masukkan Tepung Kacang Hijau kedalam bekas pengisar dan campurkan dengan air 250ml dan mengunakan pengkisar ;adunkan serata.Selepas tepung itu sebati masukan kedalam air pandan yang sedia mendidih itu.Sentiasa kacau adunan itu sehingga adunan itu akan menjadi kilat dan likat .Anda kena mengalihkan adunan itu segera dari api nota:jangan biarkan adunan berkerak.

5.Sediakan penapis cendol (Penapis ini boleh di beli atau pun buat sendiri) di atas sebuah basin yang 1/2 diisi air ais (ice cold Water).Masukan sedikit adunan itu ke atas penapis cendol dan beri sedikit tekanan menggunakan senduk untuk membentukan titisan cendol meleleh masuk kedalam bekas air ais.

6.Biarkan titisan cendol tadi dalam bekas air ais sehingga ia akakan berbentuk sedikit keras.Sentiasa tambahkan ketulan ais kedalam bekas supaya titisan cendol segera keras berlembut.

7.Simpan di dalam peti sejuk.sedia untuk digunakan.


CARA PENYEDIAAN GULA MELAKA

350gm gula Melaka

100 gula kastor (atau gula batu)

250 ml air

3.4 helai daun pandan.

Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam periok dan masak sehingga mendidih.Tapis air gula dan sedia untuk digunakan.


PENYEDIAAN SANTAN

1.Dua biji kelapa.Di kukur dan 1 liter air yang telah mendidih yang telah disejukan.

2.1/4-1/2 sudu teh garam.

3.Untuk peniaga-peniaga disyorkan untuk santan tahan lama tambahkan secubit kapur Masakan kedalam santan.(kegunaan kapur ini perlu diawasi..hanya sedikit sahaja).







Kredit: Mamak Haji